Terakhir Dikemas Kini: 9 September 2021

KENYATAAN PRIVASI GLOBAL MARRIOTT GROUP

Marriott GroupDibuka di tetingkap penyemak imbas baru (dalam Bahasa Inggeris) menghargai anda sebagai tetamu kami dan mengakui bahawa privasi penting buat anda. Kami mahu anda memahami cara kami mengumpul, menggunakan, dan mendedahkan Data Peribadi dan Data Lain anda (secara kolektif, “Data”).

Pilihan Privasi

Di Marriott, kami menghormati privasi anda dan ingin membekalkan anda dengan maklumat dan pilihan. Pilihan yang diberikan di bawah membolehkan anda untuk menyatakan kesukaan anda: apa dan berapa banyak yang anda kongsikan bersama kami dan bila dan bagaimana anda mahu mendengar dari kami.

Aberto

Kami ingin mengetahui apakah perkara yang penting untuk anda dan memastikan anda mempunyai pengalaman yang diperibadikan. Seperti yang diterangkan secara lebih terperinci dalam Kenyataan Privasi Global kami, kami menggunakan alat digital seperti kuki dan tag pada laman sesawang kami. Kuki juga membantu kami menyediakan, melindungi, dan memperbaiki perkhidmatan kami. Untuk menyesuaikan kesukaan anda, sila lawati halaman Keutamaan Penjejakan kami.

Aberto

Kami mahu terlibat dengan anda dalam cara yang bernilai bagi anda, termasuk berapa kerap anda mahu mendengar daripada kami. Untuk menetapkan pilihan anda, sila daftar masuk ke profil akaun kesetiaan anda dan pilih Pilihan Komunikasi (dalam Bahasa Inggeris). Untuk menamatkan langganan, guna pautan di bahagian bawah mana-mana komunikasi kami kepada anda. NOTA: Walaupun jika anda memilih untuk menarik diri daripada komunikasi, kami akan terus menghantar mesej transaksi kepada anda, misalnya maklumat tentang tempahan atau penginapan anda, termasuk e-mel pengesahan dan praketibaan, atau kemas kini keselamatan akaun.

Aberto

Jika anda ingin memohon akses atau menukar, memadamkan, atau menyekat penggunaan atau membantah pemprosesan Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami sebelum ini, atau jika anda ingin menerima salinan elektronik Data Peribadi anda bagi tujuan menghantarnya kepada syarikat lain (sehingga takat hak-hak ini diberikan kepada anda mengikut undang-undang), sila lengkapkan borang iniDibuka di tetingkap penyemak imbas baru (dalam Bahasa Inggeris). Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai borang atau proses kami, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di privacy@marriott.com, atau dengan menghantar surat ke:

Marriott International, Inc.
Global Compliance, Privacy
7750 Wisconsin Avenue
Bethesda, MD 20814
Amerika Syarikat

Maklumat Perhubungan EEA:
Luxury Reservations Limited
10 Earlsfort Terrace
Dublin D02 T380
Ireland

Untuk perlindungan anda, kami hanya memenuhi permintaan data peribadi yang dikaitkan dengan alamat e-mel dan/atau nombor akaun kesetiaan tertentu yang anda kenal pasti dalam permintaan anda, dan kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan tertentu. Apabila dibenarkan oleh undang-undang, kami boleh mengenakan yuran yang sesuai untuk menampung kos untuk menanggapi permintaan anda.

Marriott mengiktiraf dan menghormati privasi tetamu kami dan kami akan cuba mematuhi permintaan anda secepat mungkin dan selaras dengan undang-undang yang berkenaan.

DATA YANG TERMASUK DALAM PERNYATAAN PRIVASI INI

Pernyataan Privasi ini menerangkan amalan privasi Marriott Group bagi data yang dikumpul oleh kami:

  • melalui laman web kendalian kami yang anda gunakan untuk mengakses Pernyataan Privasi ini, termasuk Marriott.com dan laman web lain yang dimiliki atau dikawal oleh Marriott Group (secara kolektif, Laman Web);
  • menerusi aplikasi perisian yang kami sediakan untuk kegunaan pada atau melalui komputer dan peranti mudah alih (Aplikasi);
  • melalui halaman media sosial kami yang kami kawal dan yang anda gunakan untuk mengakses Pernyataan Privasi ini (secara kolektif, Halaman Media Sosial);
  • melalui mesej e-mel yang kami hantarkan pautan kepada Pernyataan Privasi ini dan melalui komunikasi dengan kami dalam talian atau secara bersemuka;
  • daripada pihak ketiga misalnya Pemegang Lesen, Pemilik dan Pemegang Francais, serta Sumber Lain yang Sah, misalnya pangkalan data awam, rakan pemasaran dan pihak ketiga lain; dan
  • apabila anda mengunjungi atau menginap sebagai tetamu di salah sebuah hartanah kami, atau di kediaman dan villa yang ditawarkan melalui platform Homes and Villas by Marriott International (Homes and Villas), atau melalui interaksi luar talian yang lain (secara kolektif, Kunjungan Hartanah dan Interaksi Luar Talian).

Secara kolektif, kami merujuk kepada Laman Web, Aplikasi dan Halaman Media Sosial kami sebagai “Perkhidmatan Dalam Talian” dan, bersama-sama dengan Lawatan Hartanah dan Interaksi Luar Talian, “Perkhidmatan.”

Kembali ke atas

DATA YANG KAMI KUMPUL

Di titik sentuhan sepanjang perjalanan anda sebagai tetamu, kami mengumpulkan Data Peribadi mengikut keperluan undang-undang dan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Data Peribadi ialah maklumat yang boleh mengenal pasti anda sebagai seorang individu atau mengaitkan anda sebagai individu yang boleh dikenal pasti. Kami mengumpul dan memproses jenis Data Peribadi berikut tentang anda:

  •  Nama
  •  Jantina
  •  Alamat surat-menyurat
  •  Nombor telefon
  •  Alamat e-mel
  •  Maklumat kewangan (misalnya nombor kad kredit dan debit atau data pembayaran lain)
  •  Pilihan bahasa
  •  Tarikh dan tempat lahir
  •  Kewarganegaraan, pasport, visa atau data pengenalan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan
  •  Tarikh penting: hari lahir, ulang tahun dan peristiwa istimewa
  •  Data program keahlian atau kesetiaan (termasuk kad pembayaran jenama bersama, gabungan program rakan pelancongan)
  •  Butiran majikan (untuk tempahan berkaitan perniagaan)
  •  Jadual perjalanan, kumpulan lawatan atau data aktiviti
  •  Penginapan atau interaksi tetamu yang terdahulu, barangan dan perkhidmatan yang dibeli, perkhidmatan khas dan permintaan kemudahan
  •  ID akaun media sosial, foto profil dan data lain yang boleh didapati secara terbuka, atau data yang boleh diperoleh dengan menghubungkan akaun media sosial dan akaun kesetiaan anda

Dalam keadaan lebih terhad, kami juga boleh mengumpul:

  • Data tentang ahli keluarga dan teman, nama dan umur anak
  • Data biometrik
  • Imej, video dan data audio melalui: (a) kamera keselamatan yang terletak di kawasan awam, misalnya lorong dan lobi, di hartanah kami; dan (b) kamera pakai di badan yang dibawa oleh pegawai pencegahan kerugian kami dan kakitangan keselamatan lain

Kami juga mungkin mengumpul maklumat tentang Pilihan anda yang kami guna untuk menjadikan penginapan semasa dan akan datang anda dan pengalaman anda bersama kami lebih dinikmati, termasuk maklumat tentang minat anda dan maklumat berkaitan yang kami tahu tentang anda semasa penginapan anda. Maklumat ini juga boleh termasuk sebarang perkara yang disukai atau yang tidak disukai tentang perkhidmatan kami yang anda beritahu kami supaya kami dapat membaiki perkhidmatan kami dan diet khusus, sekatan kesihatan atau keperluan peribadi untuk memastikan kesejahteraan anda. Kami juga mungkin mengumpul “Pilihan Peribadi anda”, yang boleh termasuk butiran ulang tahun istimewa anda (seperti hari lahir atau ulang tahun perkahwinan), jenis aktiviti yang menjadi pilihan anda untuk disertai apabila menginap dengan kami dan hobi anda. Pilihan Peribadi juga boleh mengandungi butiran tentang dengan siapa biasa melakukan perjalanan, hubungan mereka dengan anda dan status perkahwinan anda.

Jika anda menyerahkan apa-apa Data Peribadi tentang orang lain kepada kami atau Pembekal Perkhidmatan kami (contohnya, jika anda membuat tempahan untuk individu lain), anda menyatakan bahawa anda mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan anda membenarkan kami menggunakan data tersebut selaras dengan Pernyataan Privasi ini.

Kembali ke atas

KUKI DAN DATA LAIN

Kami juga boleh mengumpul “Data Lain” yang secara umumnya tidak mendedahkan identiti khusus anda atau tidak mengaitkan secara langsung dengan mana-mana individu. Sehingga takat Data Lain mendedahkan identiti khusus anda atau mengaitkan dengan mana-mana individu, kami akan menganggap Data Lain sebagai Data Peribadi. Data Lain termasuk:

  • Pelayar atau peranti anda. Kami mengumpul data tertentu melalui pelayar anda atau secara automatik melalui peranti anda, seperti alamat Kawalan Capaian Media (MAC), jenis komputer (Windows atau Apple), resolusi skrin, nama dan versi sistem operasi, pengeluar dan model peranti, bahasa, jenis dan versi pelayar Internet dan nama serta versi Perkhidmatan Dalam Talian (seperti Aplikasi) yang anda gunakan. Kami menggunakan data ini untuk memastikan bahawa Perkhidmatan Dalam Talian berfungsi dengan baik.
  • Penggunaan Aplikasi anda. Kami mengumpul data tertentu apabila anda memuat turun dan menggunakan Aplikasi, seperti data penggunaan Aplikasi, tarikh dan masa Aplikasi di peranti anda mencapai pelayan kami serta data dan fail yang telah dimuat turun pada Aplikasi berdasarkan nombor peranti anda. Kami menggunakan data ini untuk memastikan bahawa Perkhidmatan Dalam Talian berfungsi dengan baik. Aplikasi kami boleh mengandungi kit pembangunan perisian (SDK) daripada pihak ketiga yang boleh mengumpul dan menghantar Data Lain untuk mendayakan pelbagai ciri dalam Aplikasi. Kami juga mungkin mengumpul pengecam pengiklanan peranti mudah alih untuk meningkatkan dan memperibadikan pengalaman anda serta menyampaikan produk, kandungan atau iklan berkaitan untuk ditunjukkan kepada anda pada Laman web, Aplikasi atau pengiklanan luar kami.
    • Menukar Pilihan Aplikasi Anda untuk Mengumpul Pengecam Pengiklanan Peranti Mudah Alih. Anda boleh menetapkan pilihan anda dalam Aplikasi Mudah Alih Bonvoy™ kami dengan mendaftar masuk ke aplikasi, pergi ke bahagian Akaun pada aplikasi, pilih butang tetapan (ikon gear bulat) di sudut kanan sebelah atas bahagian Akaun, pilih “Pilihan Komunikasi” dan kemudian, “Tawaran daripada Rakan Kongsi kami.” Di samping itu, anda boleh menetapkan semula atau melumpuhkan pengecam iklan dalam tetapan privasi peranti mudah alih anda.
    • Ciri-Ciri Pilihan Aplikasi. Aplikasi kami boleh mengandungi ciri-ciri pilihan yang disediakan kepada pembangun mengikut sistem operasi peranti. Untuk memperbaiki pengalaman anda, kami akan memerlukan kebenaran anda untuk penggunaan lokasi peranti anda, kamera, atau fungsi lain (contohnya menggunakan kamera peranti anda untuk mendapatkan maklumat kad kredit anda). Anda boleh memilih untuk tidak membenarkan penggunaan fungsi sedemikian, dalam keadaan ciri-ciri Aplikasi yang bergantung pada fungsi sedemikian mungkin tidak tersedia bagi anda. Pergi ke tetapan peranti anda untuk menguruskan kebenaran ini.
  • Kuki. Kami mengumpul data tertentu daripada kuki, iaitu cebisan data yang disimpan secara langsung pada komputer atau peranti mudah alih yang sedang anda gunakan. Kuki membenarkan kami untuk mengumpul data seperti jenis pelayar, masa yang digunakan pada Perkhidmatan Dalam Talian, laman yang dilawati, rujukan URL, pilihan bahasa dan data trafik lain yang diagregatkan. Kami menggunakan kuki fungsian untuk mendapatkan data bagi tujuan keselamatan, untuk memudahkan navigasi, untuk memaparkan kandungan secara lebih efektif, untuk mengumpul data statistik, untuk memperibadikan pengalaman anda ketika menggunakan Perkhidmatan Dalam Talian dan untuk mengenali komputer anda bagi membantu anda menggunakan Perkhidmatan Dalam Talian. Kami juga mengumpul data kuki statistik tentang penggunaan Perkhidmatan Dalam Talian untuk terus memperbaiki reka bentuk dan kefungsian, memahami cara penggunaannya dan membantu kami menyelesaikan persoalan. Kuki iklan juga membolehkan kami memilih iklan atau tawaran yang berkemungkinan besar menarik perhatian anda dan memaparkannya ketika anda menggunakan Perkhidmatan Dalam Talian. Kami juga menggunakan kuki untuk menghantar e-mel pemasaran dan menjejak respon kepada iklan dalam talian dan e-mel pemasaran. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kuki di: http://www.allaboutcookies.org/manage-cookies/index.htmlOpen in a new browser tab (dalam Bahasa Inggeris).
    • Menguruskan Pilihan Kuki:
      • Anda boleh memilih sama ada untuk menerima kuki dengan menguruskan pilihan penjejakan anda dengan mengklik pada “Pilihan Penjejakan” yang terletak di bahagian bawah laman utama kami atau dengan menukar tetapan di pelayar anda. Namun jika anda tidak menerima kuki dan anda mungkin mengalami beberapa kesulitan semasa menggunakan Perkhidmatan Dalam Talian. Sebagai contoh, kami tidak akan dapat mengenal pasti komputer anda dan anda akan perlu log masuk setiap kali anda melawat. Anda juga tidak akan menerima iklan atau tawaran lain daripada kami yang berkaitan dengan minat dan keperluan anda. Pada ketika ini, kami tidak bertindak balas kepada isyarat “Jangan Jejak” pelayar.
    • Pengiklanan Pihak Ketiga: Kami mungkin menggunakan syarikat pengiklanan pihak ketiga untuk menyiarkan iklan mengenai barang dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda apabila anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Dalam Talian, laman web lain atau perkhidmatan dalam talian. Untuk menyiarkan iklan tersebut, syarikat-syarikat ini menempatkan atau mengenali kuki unik pada penyemak imbas anda (termasuk melalui penggunaan tag piksel). Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini dan ingin mengetahui tentang pilihan anda tentang hal ini, sila lawati http://www.networkadvertising.org/managing/opt_out.aspOpen in a new browser tab dan http://www.aboutads.info/Dibuka di tetingkap penyemak imbas baru (dalam Bahasa Inggeris).
  • Tag Piksel dan teknologi lain yang serupa. Kami mengumpul data daripada tag piksel (juga dikenali sebagai isyarat web dan GIF jelas), yang digunakan oleh beberapa Perkhidmatan Dalam Talian untuk, antara lainnya, menjejak tindakan pengguna Perkhidmatan Dalam Talian (termasuk penerima e-mel), mengukur kejayaan kempen pemasaran kami dan mengumpulkan statistik tentang penggunaan Perkhidmatan Dalam Talian.
  • Analitik. Kami mengumpul data melalui Google Analytics dan Adobe Analytics yang menggunakan kuki dan teknologi untuk mengumpul serta menganalisis data tentang penggunaan Perkhidmatan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini mengumpul data berkaitan penggunaan laman web, aplikasi dan sumber dalam talian yang lain. Anda boleh mengetahui tentang amalan Google dengan melayari www.google.com/policies/privacy/‌partners/Open in a new browser tab dan memilih keluar dengan memuat turun alat tambah pelayar pilih keluar Google Analytics, yang boleh didapati di https://tools.google.com/dlpage/gaoptoutDibuka di tetingkap penyemak imbas baru (dalam Bahasa Inggeris). Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Adobe dan menarik diri dengan melayari http://www.adobe.com/privacy/opt-out.htmlDibuka di tetingkap penyemak imbas baru (dalam Bahasa Inggeris).
  • Alamat IP Anda. Kami mengumpul alamat IP anda, iaitu nombor yang diberikan secara automatik kepada peranti yang anda gunakan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) anda. Alamat IP dikenal pasti dan direkodkan secara automatik dalam fail log pelayan kami apabila pengguna mencapai Perkhidmatan Dalam Talian, bersama dengan waktu lawatan dan halaman yang dilayari. Kami menggunakan alamat IP untuk mengira tahap penggunaan, mendiagnosis masalah pelayan dan mentadbir Perkhidmatan Dalam Talian. Kami juga boleh memperoleh lokasi anggaran anda daripada alamat IP anda.
  • Data Teragregat dan Bersegmen. Kami boleh mengagregat data yang kami kumpulkan dan data teragregat ini tidak akan mengenal pasti diri anda atau mana-mana pengguna lain secara peribadi. Kami juga boleh menggunakan kedua-dua Data Peribadi dan Data Lain untuk membahagikan pelanggan kepada segmen, atau kumpulan, supaya dapat menyediakan iklan lebih relevan.
  • Perkhidmatan Berdasarkan Lokasi Tepat. Dengan persetujuan anda, kami boleh mengumpul lokasi fizikal peranti anda yang tepat dengan menggunakan satelit, menara telefon selular, isyarat Wi-Fi, atau teknologi lain. Kami akan mengumpul data ini jika anda memilih untuk ikut serta melalui Aplikasi atau program lain (sama ada semasa kali pertama anda log masuk atau kemudiannya) untuk meningkatkan tawaran istimewa dan untuk mendayakan kemampuan berpandukan lokasi pada peranti anda. Jika anda memilih untuk berkongsi lokasi anda, Aplikasi atau program lain akan terus mengumpul data lokasi berdasarkan cara anda memilih untuk berkongsi data.
    • Pilih Keluar Lokasi Tepat: Pengguna boleh menetapkan melalui sistem operasi peranti untuk sentiasa berkongsi lokasi, hanya apabila Aplikasi sedang digunakan, atau tidak berkongsi lokasi langsung. Jika anda memilih hanya apabila Aplikasi sedang digunakan, kami akan mempunyai akses kepada data sehingga anda log keluar atau menutup aplikasi atau jika anda menggunakan tetapan telefon atau peranti lain untuk melumpuhkan keupayaan lokasi untuk Aplikasi Bonvoy™ atau program lain.

Kembali ke atas

CARA DAN TEMPAT KAMI MENGUMPUL DATA ANDA

Pernyataan Privasi ini menerangkan amalan privasi Marriott Group untuk Data Peribadi dan Data Lain yang kami kumpulkan melalui saluran berikut:

  • Marriott Group. Kami mengumpul Data Peribadi dan Data Lain daripada syarikat-syarikat dalam kalangan Marriott GroupDibuka di tetingkap penyemak imbas baru (dalam Bahasa Inggeris) bagi tujuan yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini, misalnya menyediakan dan memperibadikan Perkhidmatan, berhubung dengan anda, memudah cara program kesetiaan dan mencapai tujuan perniagaan kami.
  • Pemilik, Pemegang Francais & Usaha Sama. Kami mengumpul Data Peribadi dan Data Lain daripada Pemilik hartanah berjenama Marriott Group yang kami urus, daripada Pemegang Francais hartanah berjenama Marriott Group yang dimiliki dan dikendalikan secara berasingan di bawah perjanjian francais dengan kami dan daripada Rakan Usaha Sama. Pemilik dan Pemegang Francais ialah entiti yang berasingan daripada Marriott Group. Pemegang francais termasuk pengendali pihak ketiga dan syarikat-syarikat pengurusan mereka.
  • Homes and Villas Property Management Companies. Kami mengumpul Data Peribadi dan Data Lain daripada syarikat-syarikat dan penyedia perkhidmatan syarikat tersebut yang mengurus hartanah Homes and Villas, tempahan Homes and Villas anda dan menyediakan sokongan tambahan kepada anda sewaktu penginapan anda di Homes and Villas (“Homes and Villas Property Management Companies”). Homes and Villas Property Management Companies ialah entiti yang berasingan daripada Marriott Group.
  • Pemegang Lesen yang Sah. Kami mengumpul Data Peribadi dan Data Lain daripada syarikat-syarikat apabila kami memeterai perjanjian lesen atau perjanjian yang serupa untuk menjual barangan dan perkhidmatan di bawah jenama Marriott Group (“Pemegang Lesen yang Sah”). Contoh Pemegang Lesen yang Sah termasuklah rakan kongsi masa kami, Marriott Vacations Worldwide Corporation, Cruise Yacht Optco Ltd. d/b/a The Ritz-Carlton Yacht Collection, pemaju hartanah berjenama Marriott Group dan rakan-rakan kad kredit jenama bersama. Pemegang Lesen yang Sah ialah entiti yang berasingan daripada Marriott Group.
  • Pada Hartanah dan/atau Penyedia Perjalanan. Kami boleh mengumpul Data Peribadi dan Data Lain anda dari spa, restoran, kelab kesihatan, bahagian kerja rencam dan kedai lain di hartanah kami.
  • Akaun yang Dihubungkan. Kami mengumpul Data Peribadi dan Data Lain apabila anda menggunakan nombor program kesetiaan atau log masuk Perkhidmatan Dalam Talian anda untuk menerima atau mendaftar perkhidmatan tertentu pihak ketiga. Syarikat-syarikat ini termasuk perniagaan misalnya syarikat penerbangan dan penyedia kereta sewa dan tempahan restoran serta rakan perkhidmatan kereta. Di samping itu, penyedia akaun media sosial anda membolehkan anda menyambungkan akaun media sosial anda ke akaun Perkhidmatan Dalam Talian atau daftar masuk ke akaun Perkhidmatan Dalam Talian dari akaun media sosial anda. Apabila anda mendaftar dalam perkhidmatan tersebut, kami mendedahkan Data Peribadi dan Data Lain anda kepada pihak ketiga tersebut. Jika anda tidak mahu kami mengumpul Data Peribadi atau Data Lain anda dengan cara ini, jangan berikan nombor program kesetiaan anda kepada pihak ketiga, jangan gunakan maklumat log masuk Perkhidmatan Dalam Talian anda untuk mendaftar promosi pihak ketiga dan jangan hubungkan akaun Perkhidmatan Dalam Talian anda dengan akaun pada perkhidmatan pihak ketiga.
  • Aktiviti Promosi. Kami mengumpul Data Peribadi dan Data Lain dengan pihak ketiga yang boleh menyediakan promosi kepada anda, misalnya cabutan bertuah, peraduan, atau tawaran lain.
  • Program eFolio. Jika anda pekerja syarikat yang mengambil bahagian dalam Program eFolio dan menempah bilik anda menggunakan kod korporat syarikat atau membayar perbelanjaan anda menggunakan kad kredit korporat, kami boleh mengumpul Data Peribadi anda dan Data Lain yang berkaitan dengan penginapan atau pekerjaan anda. Pernyataan Privasi ini tidak terpakai kepada pengendalian Data Peribadi anda oleh majikan, syarikat kad kredit atau bank anda dan kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan mereka.
  • Sumber & Penyedia Perkhidmatan Lain. Kami mengumpul Data Peribadi dan Data Lain daripada pelbagai pihak ketiga, misalnya pangkalan data awam, rakan pemasaran bersama dan agensi pelancongan dalam talian (OTA).
  • Perkhidmatan Dalam Talian. Kami mengumpul Data Peribadi dan Data Lain apabila anda berinteraksi dengan Perkhidmatan Dalam Talian kami, dengan melaksanakan tindakan seperti, tetapi tidak terhad kepada, melayari, membuat tempahan, membeli barangan dan perkhidmatan daripada Laman Web atau Aplikasi kami, berkomunikasi dengan kami, atau pun berhubung dengan kami atau membuat siaran di halaman media sosial, atau mendaftar untuk surat berita atau menyertai kaji selidik, peraduan atau tawaran promosi.
  • Pusat Perkhidmatan Pelanggan. Kami mengumpul Data Peribadi anda apabila membuat tempahan melalui panggilan telefon, menghubungi kami melalui e-mel, faks atau melalui perkhidmatan sembang dalam talian atau menghubungi khidmat pelanggan. Komunikasi ini mungkin akan direkodkan bagi tujuan jaminan kualiti dan latihan.
  • Peranti Disambung ke Internet. Kami mengumpul Data Peribadi dan Data Lain daripada peranti disambung ke Internet yang terdapat di hartanah kami. Sebagai contoh, apabila anda menyambungkan peranti anda ke Internet hotel, atau apabila pembantu kediaman pintar mungkin tersedia untuk penggunaan anda untuk menyesuaikan penginapan dan pengalaman anda.

Kembali ke atas

SEBAB KAMI MENGUMPUL DATA ANDA (ASAS UNDANG-UNDANG)

TUJUANPERIHALAN AKTIVITI YANG DIKAITKAN DENGAN TUJUANASAS UNDANG-UNDANG
Tempahan & Pendaftaran TetamuTerdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan, misalnya: memudahkan tempahan dan pesanan penginapan hotel serta perkhidmatan berkaitan; untuk komunikasi praketibaan (logistik, perubahan, pilihan dan sebagainya); dan memproses pembayaran dan wang pendahuluan.

Pelaksanaan kontrak untuk individu dengan tetamu menempah bilik

Kepentingan sah untuk individu yang menempah bilik seperti memenuhi pilihan mereka dan juga untuk mana-mana individu yang mengiringi tetamu utama (contohnya suami isteri, anak, kawan)

Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod

Sambutan Di Lokasi & Perkhidmatan PenginapanTerdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: memudahkan daftar masuk dan daftar keluar; memproses pembayaran; menyediakan perkhidmatan dan makluman yang konsisten dan diperibadikan tentang perkhidmatan di tapak (berdasarkan penggunaan masa lalu atau pilihan yang dinyatakan); menyediakan bahagian kerja rencam, penyimpanan bagasi dan perkhidmatan tempat letak kereta; membuat pengaturan dengan penyedia pihak ketiga bagi pihak tetamu (misalnya menyelaraskan lawatan dan lawatan bersiar-siar lain; mengatur teksi, perkhidmatan ulang alik dan pemandu; dan memudah cara pesanan dan tempahan di restoran dan acara); mentadbir dan memudah cara akses ke Wi-Fi, TV dan perkhidmatan sambungan lain (termasuk akses ke kemudahan pusat perniagaan, misalnya perkhidmatan faks dan fotokopi) dan sistem hiburan (misalnya PlayStations dan pemain muzik); memudah cara makan dalam bilik (termasuk mengambil kira apa-apa diet, sekatan kesihatan atau keperluan kesihatan lain yang dinyatakan oleh tetamu); perkhidmatan pengemasan (termasuk pilihan untuk bantal istimewa, selimut dan kemudahan lain yang dinyatakan oleh tetamu) dan perkhidmatan cucian kering; mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan pelanggan; dan menentukan kelayakan untuk barangan dan perkhidmatan terhad umur (misalnya alkohol atau hiburan dewasa dalam bilik).

Pelaksanaan kontrak, misalnya memproses pembayaran

Kepentingan yang sah, seperti memenuhi pilihan tetamu (contohnya untuk bilik berhampiran lif atau di tingkat paling atas)

Persetujuan, misalnya mengumpul maklumat berkaitan pilihan pemakanan yang diberikan oleh tetamu

Kewajipan undang-undang, misalnya mengumpul nombor pengenalan (ID) apabila diperlukan di sisi undang-undang

Persidangan & AcaraTerdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: berkomunikasi dengan pelanggan tentang persidangan dan perancangan acara yang lain (“Acara”); memudah cara tempahan dan pesanan Acara; terlibat dalam komunikasi praAcara (logistik, penginapan, perubahan dan sebagainya); membuat persediaan untuk menyelaras Acara menurut arahan, jangkaan dan pilihan pelanggan; memudah cara katering; berkomunikasi tentang bil dan mendapatkan bayaran yang belum dilunaskan; memproses pembayaran dan wang pendahuluan; melaksanakan semakan kredit; mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan pelanggan; dan berkomunikasi dengan peserta sewaktu Acara berlangsung.

Pelaksanaan kontrak, misalnya mengumpul maklumat berkaitan Acara yang dirancang

Kepentingan yang sah, misalnya menjawab aduan atau kebimbangan pelanggan berkaitan Acara

Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod

Operasi & Perniagaan Umum MarriottTerdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: mentadbir khidmat pelanggan untuk memudah cara dan menangani pertanyaan, komen dan aduan tentang apa-apa perkhidmatan kami (misalnya secara bersemuka, melalui telefon, e-mel atau di media sosial); mengendalikan keselamatan dan pencegahan penipuan; mentadbir perkhidmatan dalam talian (termasuk penyelesaian masalah, analisis data, pengujian, penyelenggaraan sistem, sokongan, pelaporan dan pentadbiran data); memantau dan menganalisis penggunaan perkhidmatan dan menggunakan analisis data untuk meningkatkan perkhidmatan, pemasaran, program, pengalaman pelanggan secara keseluruhan, mengumpul maklum balas, menjalankan program perintis untuk perkhidmatan baharu yang berpotensi, dan membangunkan perkhidmatan baharu di samping meningkatkan perkhidmatan sedia ada; dan memudahkan penggabungan, pengambilalihan, dan penyusunan serta penstrukturan semula perniagaan kami (termasuk prospek urus niaga).

Perlaksanaan kontrak, misalnya memastikan perkhidmatan dalam talian berfungsi supaya pelanggan boleh membuat tempahan atau menguruskan akaun kesetiaan

Kepentingan sah, misalnya menjawab aduan dan kebimbangan pelanggan yang boleh termasuk, apabila dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, merakam panggilan khidmat pelanggan

Persetujuan, misalnya untuk program pemasaran

Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod

Respons Kecemasan & InsidenTerdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: memastikan keselamatan perkhidmatan di lokasi; mengurus, mengendalikan dan mendokumenkan kemalangan di lokasi dan kecemasan perubatan serta kecemasan lain (termasuk memudah cara perkhidmatan doktor di lokasi); memantau hartanah secara aktif untuk memastikan pencegahan, respons dan pendokumenan insiden yang mencukupi (termasuk CCTV); meminta bantuan daripada perkhidmatan kecemasan; dan menghantar pemberitahuan dan makluman jika berlaku insiden atau kecemasan (misalnya melalui SMS, e-mel, panggilan telefon, gesaan peranti audio-visual dan lain-lain).

Perlaksanaan kontrak, misalnya memastikan keselamatan tetamu dan kakitangan melalui interaksi dengan kakitangan keselamatan di lokasi

Kepentingan yang sah, misalnya memantau hartanah melalui CCTV untuk memastikan keselamatan tetamu dan kakitangan

Kewajipan undang-undang, misalnya mendokumenkan kemalangan di lokasi

Kepentingan vital individu, misalnya menghubungi perkhidmatan perubatan atau kecemasan untuk tetamu yang sakit

Undang-undang & PematuhanTerdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: mematuhi undang-undang berkenaan; mematuhi proses perundangan; menjawab permintaan daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan; memenuhi keperluan keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang; menguatkuasakan terma dan syarat kami; melindungi operasi kami; melindungi hak, privasi, keselamatan, atau hartanah Marriott Group, tetamu, pelawat dan individu berkaitan lain; dan membenarkan kami untuk mendapatkan penyelesaian undang-undang yang ada dan mengehadkan kerugian yang mungkin ditanggung oleh Marriott.

Kewajipan undang-undang, misalnya mematuhi proses perundangan

Kepentingan yang sah, misalnya menguatkuasakan terma dan syarat untuk melindungi tanda dagangan

Kepentingan vital individu, misalnya menghubungi perkhidmatan kecemasan jika berlaku gangguan dan insiden yang melibatkan tetamu

Perkhidmatan Spa, Kecantikan, Golf & KecergasanTerdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: memudahkan tempahan dan pesanan; menentukan kelayakan untuk perkhidmatan; memenuhi keperluan individu yang kurang upaya atau memiliki kesihatan yang terhad dan menyediakan aktiviti, perkhidmatan dan rawatan yang sesuai dan selamat; menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan diperibadikan berdasarkan penggunaan masa lalu dan pilihan yang dinyatakan oleh individu; memproses pembayaran; mendapatkan khidmat profesional yang diminta untuk rawatan dan perkhidmatan khusus; dan mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan pelanggan.

Perlaksanaan kontrak, misalnya memproses pembayaran

Persetujuan, misalnya mengumpul maklumat tentang masalah belakang apabila menyediakan perkhidmatan urut

Kepentingan yang sah, misalnya menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan (contohnya menawarkan peluang bermain golf berdasarkan aktiviti lepas)

Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod

Kepentingan vital individu (contohnya apabila individu jatuh sakit semasa menggunakan peralatan kecergasan)

Perkhidmatan Makanan & MinumanTerdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: memudahkan tempahan; memenuhi pilihan pemakanan; menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan diperibadikan berdasarkan penggunaan lalu dan pilihan yang dinyatakan oleh individu; memproses pembayaran; mengatur tempahan; dan mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan pelanggan.

Pelaksanaan kontrak, misalnya memproses pembayaran

Persetujuan, misalnya mengumpul maklumat tentang diet, atau sekatan kesihatan, atau keperluan peribadi tetamu apabila memesan makanan

Kepentingan sah, misalnya menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan (cth., menawarkan wain merah kepada tetamu berdasarkan permintaan terdahulu)

Kewajipan undang-undang berkaitan dengan urus niaga kewangan, misalnya kewajipan penyimpan buku dan rekod

Kepentingan penting individu (cth., apabila seseorang jatuh sakit di salah sebuah restoran kami)

Perkhidmatan Berkaitan Kanak-Kanak (untuk Ibu Bapa & Penjaga yang Sah)Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: memudahkan perkhidmatan jagaan bayi/pengasuh hotel, kelab kanak-kanak dan program golf junior; memudahkan tempahan dan pesanan; membuat persediaan dan menyelaras penginapan hotel dan perkhidmatan mengikut pilihan, arahan dan jangkaan tetamu; perkhidmatan pembayaran dan bil; perkhidmatan makan (sebagai contoh, menu khas untuk kanak-kanak atau diskaun istimewa untuk sarapan kanak-kanak di bawah umur tertentu).

Pelaksanaan kontrak, misalnya anak dalam julat umur tertentu yang menginap di bilik ibu bapa mereka akan dikenakan caj tambahan atau diskaun

Persetujuan ibu bapa atau penjaga yang sah, misalnya memenuhi keperluan kanak-kanak

Kepentingan sah, misalnya menyediakan katil bayi atau jubah mandi bersaiz kanak-kanak dan kemudahan lain untuk kanak-kanak

Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod

Kepentingan info individu, misalnya apabila kanak-kanak jatuh sakit semasa menyertai kelab kanak-kanak

Program Kesetiaan, Pengurusan Akaun & HubunganTerdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: mendaftar pengguna dalam program kesetiaan dan akaun klien yang lain serta program kad pembayaran; menentukan kelayakan untuk pelbagai program dan perkhidmatan berkaitan; mentadbir program kesetiaan; menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan diperibadikan berdasarkan penggunaan terdahulu dan pilihan yang dinyatakan oleh ahli; memastikan capaian kepada Perkhidmatan Dalam Talian; memproses pembayaran; memaklumi ahli tentang perubahan pada program, terma dan syarat; dan mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan ahli.

Pelaksanaan kontrak, misalnya mengakses mata ganjaran dan mengagihkan manfaat

Persetujuan, misalnya memenuhi mod komunikasi pilihan (contohnya e-mel, SMS)

Kepentingan yang sah, misalnya mengurus pilihan ahli berkaitan cara mereka ingin memperoleh, menjejaki dan menggunakan mata ganjaran

Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod

Pemasaran, Promosi, Peraduan & Produk Pihak KetigaTerdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, seperti: memaklumkan tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat tetamu; menyediakan iklan yang diperibadikan untuk produk dan perkhidmatan di laman web terpilih, yang juga boleh termasuk segmentasi dan pemprofilan (sepertimana istilah tersebut ditakrifkan dalam GDPR); memudahkan penyertaan dalam cabutan bertuah, peraduan dan promosi lain (seperti peraduan foto percutian terbaik di media sosial); dan mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan pelanggan.

Pelaksanaan kontrak, misalnya memenuhi kewajipan yang dikaitkan dengan peraduan

Persetujuan, misalnya memenuhi mod komunikasi pilihan (contohnya e-mel, SMS)

Kepentingan yang sah, misalnya menyediakan iklan untuk produk dan perkhidmatan yang serupa

Kewajipan yang sah, misalnya mengendalikan maklumat yang konsisten dengan peraturan berkaitan cabutan bertuah

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PILIHAN PERIBADI ANDA

Matlamat kami adalah memberi perkhidmatan dengan lebih baik dan memenuhi jangkaan anda serta tahap hospitaliti pilihan pada setiap peringkat, dari saat anda membuat tempahan dengan kami hingga waktu anda mendaftar keluar. Lihat di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

TUJUANPERIHAL AKTIVITI YANG DIKAITKAN DENGAN TUJUANASAS UNDANG-UNDANG
Ulang tahunApabila anda menginap dengan kami, kami ingin membantu anda meraikan mana-mana sambutan istimewa, misalnya ulang tahun atau hari lahir. Sebagai contoh, kami boleh membuat catatan tarikh-tarikh ini untuk membolehkan kami menyediakan hadiah hari lahir atau ulang tahun.Persetujuan, jika berkenaan.
Jenis aktiviti dan hobi (misalnya butiran lawatan ke pantai, mengasuh bayi, kecergasan, perjalanan dan pengangkutan, teater kelab kanak-kanak, restoran dan sebagainya)Kami ingin memastikan bahawa kami memberikan perkhidmatan yang dapat meningkatkan pengalaman Marriott anda. Untuk melakukan perkara ini, kami akan menyimpan pilihan anda tentang jenis aktiviti yang anda suka sertai, supaya kami dapat memastikan kami dapat menawarkan pengalaman yang sama apabila anda menginap dengan kami pada masa akan datang.Persetujuan, jika berkenaan.
Hubungan (suami, isteri, anak lelaki, anak perempuan dan sebagainya)Kami memahami bahawa Pilihan anda boleh bertukar bergantung pada orang yang mengiringi anda (seperti jenis bilik pilihan anda). Kami boleh menyimpan rekod hubungan anda untuk membantu kami menjadikan penginapan Marriott anda seselesa yang mungkin. Sebagai contoh, jika kami tahu anda melakukan perjalanan bersama anak kecil, kami boleh merancang secara proaktif untuk penginapan tambahan misalnya katil bayi atau katil tambahan.

Kepentingan sah, untuk memberi anda perkhidmatan yang luar biasa.

Persetujuan, jika berkenaan.

Pilihan untuk hartanah, kelab dan kemudahanApabila anda menginap dengan kami, kami ingin memastikan bahawa kami boleh menyediakan perkhidmatan untuk meningkatkan pengalaman Marriott anda. Untuk berbuat sebegini, kami boleh menyimpan pilihan untuk hartanah, kelab dan kemudahan kami, berdasarkan pilihan penginapan lepas anda, kelab kanak-kanak kami, perkhidmatan pengasuh, perkhidmatan spa dan kecantikan, golf, restoran dan kemudahan kecergasan.

Kepentingan sah, untuk memberi anda perkhidmatan yang luar biasa.

Persetujuan, jika berkenaan.

Pilihan dietApabila anda menginap dengan kami, kami mahu memastikan bahawa anda selamat, bahawa kami menjaga kesejahteraan anda dan memberi anda perkhidmatan untuk meningkatkan pengalaman Marriott anda. Sebagai contoh, kami mungkin membuat catatan tentang pilihan hidangan atau minuman anda supaya kami bersedia sekiranya anda meminta perkhidmatan bilik atau makan di salah sebuah kafe atau restoran kami.

Kepentingan sah, untuk memberi anda perkhidmatan yang luar biasa.

Persetujuan, jika berkenaan.

CARA DAN MASA KAMI BERKONGSI DATA ANDA

Matlamat kami adalah untuk memberi anda tahap hospitaliti dan Perkhidmatan yang tertinggi, dan untuk berbuat demikian, kami berkongsi Data Peribadi dan Data Lain dengan yang berikut:

  • Marriott Group. Kami mendedahkan Data Peribadi dan Data Lain kepada syarikat lain dalam kalangan Marriott GroupDibuka di tetingkap penyemak imbas baru (dalam Bahasa Inggeris) untuk tujuan yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini, seperti menyediakan dan memperibadikan Perkhidmatan, komunikasi dengan anda, memudah cara program kesetiaan dan untuk mencapai tujuan perniagaan kami. Kami akan berkongsi Data Peribadi Anda dan Data Lain yang digunakan untuk membuat tempahan dengan hartanah yang berkenaan dan entiti Marriott untuk memenuhi dan melengkapkan tempahan anda.
  • Pemegang Francais. Kami mendedahkan Data Peribadi dan Data Lain kepada Pemegang Francais hartanah berjenama Marriott Group untuk tujuan yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi Global. Pemegang francais mempunyai hak terhad untuk menggunakan Data Peribadi tertentu untuk tujuan mereka sendiri dan oleh itu, layak dianggap sebagai pengawal data bebas untuk pemprosesan yang berikut: Pemegang francais mengurus dan menyelaraskan penginapan anda di hotel yang dikendalikan oleh mereka supaya mereka boleh menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan tersebut. Pemegang francais juga boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang mereka sendiri, termasuk penyimpanan buku & rekod dan kewajipan pematuhan lain.
  • Pemilik: Kami mendedahkan Data Peribadi dan Data Lain kepada Pemilik hartanah berjenama Marriott Group untuk tujuan yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi Global. Pemilik mempunyai had terhad untuk menggunakan Data Peribadi tertentu untuk tujuan mereka sendiri dan oleh itu, layak dianggap sebagai pengawal data bebas untuk pemprosesan yang berikut: Pemilik boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang mereka sendiri, termasuk penyimpanan rekod buku & rekod dan kewajipan pematuhan lain.
  • Homes and Villas Property Management Companies. Kami mendedahkan Data Peribadi dan Data Lain kepada Homes and Villas Property Management Companies dan penyedia perkhidmatan mereka bagi tujuan yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini, seperti menyediakan, memudah cara dan memperibadikan Perkhidmatan serta memudah cara program kesetiaan dan pemasaran mereka sendiri.
  • Pemegang Lesen yang Sah. Sekiranya dibenarkan oleh undang-undang, kami mendedahkan Data Peribadi dan Data Lain kepada Pemegang Lesen yang Sah, termasuk Marriott Vacations Worldwide, Ritz-Carleton Yacht Collection, hartanah berjenama Marriott Group, kad kredit berjenama bersama dari American Express, Chase dan bank lain, untuk tujuan yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini, seperti menyediakan dan memperibadikan Perkhidmatan, memenuhi permintaan anda dan menyediakan pemasaran mereka sendiri. Sebagai contoh, perkongsian ini membolehkan anda membeli barangan dan perkhidmatan berjenama Marriott, termasuk hartanah kongsi masa dan hartanah berjenama Marriott Group.
  • Pada Hartanah dan/atau Penyedia Perjalanan. Kami boleh berkongsi maklumat anda dengan spa, restoran, kelab kesihatan, perkhidmatan pekerja rencam dan kedai-kedai lain di hartanah kami untuk memberi anda perkhidmatan dan pemasaran mereka sendiri, seperti Disney Destinations, LLC dan Walt Disney Travel Company apabila anda menginap di salah sebuah hartanah kami yang bergabung dengan Walt Disney World®. Perkongsian ini juga membolehkan kami memberi anda satu sumber untuk pakej pembelian yang termasuk perkhidmatan yang berkaitan dengan perjalanan, seperti tiket penerbangan, kereta sewa dan pakej percutian.
  • Akaun yang Dihubungkan. Kami bekerjasama dengan pihak ketiga tertentu yang membolehkan anda mendaftar dalam perkhidmatan mereka. Contohnya, syarikat tertentu membenarkan anda menggunakan nombor program kesetiaan anda atau log masuk Perkhidmatan Dalam Talian untuk menerima atau mendaftar untuk perkhidmatan mereka. Syarikat-syarikat ini termasuk perniagaan misalnya syarikat penerbangan dan penyedia kereta sewa dan tempahan restoran serta rakan perkhidmatan kereta. Di samping itu, penyedia akaun media sosial anda membolehkan anda menyambungkan akaun media sosial anda ke akaun Perkhidmatan Dalam Talian atau daftar masuk ke akaun Perkhidmatan Dalam Talian dari akaun media sosial anda. Apabila anda mendaftar dalam perkhidmatan tersebut, kami mendedahkan Data Peribadi dan Data Lain anda kepada pihak ketiga tersebut. Jika anda tidak mahu kami berkongsi Data Peribadi atau Data Lain anda dengan cara ini, jangan berikan nombor program kesetiaan anda kepada pihak ketiga, jangan gunakan maklumat log masuk Perkhidmatan Dalam Talian anda untuk mendaftar promosi pihak ketiga dan jangan hubungkan akaun Perkhidmatan Dalam Talian anda dengan akaun pada perkhidmatan pihak ketiga. Data yang dikongsi dengan cara ini akan ditadbir oleh dasar privasi pihak ketiga dan bukan Pernyataan Privasi ini.
  • Aktiviti Promosi. Kami bekerjasama dengan pihak ketiga yang boleh menyediakan promosi kepada anda, misalnya cabutan bertuah, peraduan, atau tawaran lain.
  • Program eFolio. Jika anda adalah seorang pekerja syarikat yang mengambil bahagian dalam Program eFolio Marriott Group dan menempah bilik anda menggunakan kod korporat syarikat atau membayar perbelanjaan anda menggunakan kad kredit korporat, satu ekstrak daripada folio anda yang memperincikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan kepada anda mungkin dihantar kepada syarikat anda dan syarikat kad kredit. Pernyataan Privasi ini tidak terpakai kepada pengendalian Data Peribadi anda oleh majikan, syarikat kad kredit atau bank anda dan kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan mereka.
  • Penyedia Perkhidmatan. Kami mendedahkan Data Peribadi dan Data Lain kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga termasuk, sebagai contoh, syarikat yang menyediakan pengehosan laman web, analisis data, pemprosesan pembayaran, pemenuhan pesanan, teknologi maklumat dan penyediaan infrastruktur yang berkaitan, khidmat pelanggan, penghantaran e-mel, pemasaran, pengauditan dan perkhidmatan lain.

Penggunaan dan Pendedahan Lain:

Kami akan menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi kerana kami percaya perlu atau wajar: (a) untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan, termasuk undang-undang di luar negara kediaman anda; (b) untuk mematuhi proses perundangan; (c) untuk menjawab permohonan daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan, termasuk pihak berkuasa di luar negara kediaman anda dan memenuhi keperluan keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang; (d) untuk menguatkuasakan terma dan syarat kami; (e) untuk melindungi operasi kami, misalnya jika berlaku penyusunan semula, penggabungan, penjualan, usaha sama, penugasan, pemindahan atau pelupusan lain bagi semua atau mana-mana bahagian perniagaan, aset atau saham Marriott Group (termasuk apa-apa prosiding kemuflisan atau prosiding yang serupa); (f) untuk melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta benda Marriott Group, anda atau orang lain; dan (g) untuk membolehkan kami meneruskan remedi yang ada atau membataskan kerugian yang mungkin kami tanggung.

Kami boleh menggunakan dan mendedahkan Data Lain untuk apa-apa tujuan, melainkan apabila kami tidak dibenarkan berbuat demikian di bawah undang-undang yang berkenaan.

Kembali ke atas

DATA ANDA, PILIHAN ANDA: PILIHAN & HAK PRIVASI ANDA

Di Marriott, kami percaya bahawa anda patut mempunyai pilihan berhubung data anda. Kami memberi anda pilihan, maklumat dan pilihan di bawah untuk menyatakan kecenderungan anda: maklumat dan jumlah maklumat yang anda kongsikan dengan kami dan masa serta cara anda menerima komunikasi daripada kami.

Komunikasi dan Pilihan

  • Untuk menukar cara dan berapa kerap, kami atau rakan kongsi kami berkomunikasi dengan anda, sila daftar masuk ke dalam profil akaun kesetiaan anda dan pilih Pilihan Komunikasi (dalam Bahasa Inggeris).
  • Anda juga boleh menggunakan pautan tamatkan langganan di bahagian bawah mana-mana komunikasi kami.
  • Jika anda tidak lagi berhasrat untuk menerima e-mel berkaitan pemasaran, anda boleh menarik diri dengan melawati halaman tamatkan langganan (dalam Bahasa Inggeris) kami atau dengan mengikuti arahan dalam mana-mana e-mel sedemikian yang anda terima daripada kami.
  • Di samping itu, anda boleh menarik diri daripada e-mel berkaitan pemasaran dengan menghantar surat kepada: Perkhidmatan Pelanggan Internet – Tamatkan langganan, 1818 North 90 Street, Omaha, Nebraska 68114-1315 USA atau Tempahan Mewah Terhad - Tamatkan langganan, 10 Earlsfort Terrace, Dublin D02 T380, Ireland.
  • NOTA: Walaupun jika anda menarik diri daripada e-mel berkaitan pemasaran, kami akan terus menghantar mesej transaksi kepada anda, misalnya maklumat tentang tempahan atau penginapan anda, termasuk e-mel pengesahan dan praketibaan, atau kemas kini keselamatan akaun.
  • Jika anda mahu melaraskan Pilihan Penginapan anda, sila log masuk ke dalam akaun kesetiaan anda dan buat Pilihan Bilik, Pilihan Penginapan.

Kuki dan Data Lain

Untuk maklumat tentang pilihan anda berkaitan dengan Kuki dan Data Lain, sila lihat Bahagian Kuki dan Data kuki Lain dan Data Lain di atas.

Cara Anda Boleh Mengakses, Menukar, Memadam, Menyekat Penggunaan atau Membantah Pemprosesan Data Peribadi Anda

Jika anda mahu memohon untuk mengakses, menukar, memadam, menyekat penggunaan, atau membantah pemprosesan Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami sebelum ini, atau jika anda ingin mendapatkan salinan elektronik Data Peribadi anda bagi tujuan menghantarnya kepada syarikat lain (hingga takat hak ini diberikan kepada anda oleh undang-undang), sila lawati Portal Hak Individu kami dan lengkapkan borang iniDibuka di tetingkap penyemak imbas baru (dalam Bahasa Inggeris). Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai borang atau proses kami, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di privacy@marriott.com. Sila lihat juga, Hubungi Kami.

Untuk perlindungan anda, kami hanya memenuhi permohonan data peribadi yang dikaitkan dengan alamat e-mel dan/atau nombor akaun kesetiaan tertentu yang anda nyatakan dalam permohonan anda, dan kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permohonan tertentu. Apabila dibenarkan oleh undang-undang, kami boleh mengenakan bayaran tertentu untuk menampung kos menjawab permintaan anda.

Marriott memaklumi dan menghormati privasi tetamu kami dan kami akan mencuba untuk memenuhi permintaan anda secepat yang munasabah dan selari dengan undang-undang yang berkenaan.

Jika anda telah memberi persetujuan kepada kami berkaitan dengan tindakan atau aktiviti tertentu, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam Bahagian “Hubungi Kami” di bawah.

Kembali ke atas

PERUNTUKAN PENTING LAIN

Entiti Bukan Marriott Group

Pernyataan Privasi ini tidak menangani, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap privasi, data atau amalan lain mana-mana entiti di luar Marriott Group, termasuk Pemberi Francais, Pemilik, Homes and Villas Property Management Companies, Pemegang Lesen yang Sah, Rakan Perniagaan Strategik atau mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan mana-mana laman web atau perkhidmatan yang berkaitan dengan Perkhidmatan, perkhidmatan pembayaran, program kesetiaan atau laman web yang merupakan halaman utama pembekal Internet berkelajuan tinggi di premis kami. Kemasukan pautan pada Perkhidmatan Dalam Talian tidak menandakan pengesahan laman atau perkhidmatan yang disambung oleh kami. Kami biasanya tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda oleh pihak ketiga.

Di samping itu, kami tidak bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, pendedahan, atau dasar atau amalan keselamatan data organisasi lain, misalnya Facebook, Apple, Google, Microsoft, RIM atau mana-mana pembangun aplikasi, penyedia aplikasi, penyedia platform media sosial, penyedia sistem operasi, penyedia perkhidmatan tanpa wayar atau pengeluar peranti yang lain, termasuk berhubung dengan mana-mana Data Peribadi yang anda dedahkan kepada organisasi lain melalui Aplikasi atau halaman media sosial kami.

Keselamatan

Kami berusaha untuk menggunakan langkah-langkah organisasi, teknikal dan pentadbiran munasabah bagi melindungi Data Peribadi. Dukacitanya, tiada sistem penghantaran atau penyimpanan data boleh dijamin menjadi selamat 100%. Jika anda mempunyai sebab untuk tidak mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat (sebagai contoh, jika anda berpendapat bahawa keselamatan akaun anda telah terjejas), sila maklumkan kepada kami dengan segera selaras dengan bahagian “Hubungi Kami”, di bawah.

Penyimpanan

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang perlu bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Pernyataan Privasi ini melainkan tempoh penyimpanan yang lebih panjang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.

Kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh penyimpanan kami termasuk:

  • Tempoh waktu kami mempunyai hubungan berterusan dengan anda dan menyediakan Perkhidmatan kepada anda (sebagai contoh, selagi anda memiliki akaun dengan kami atau terus menggunakan Perkhidmatan kami)
  • Sama ada terdapat kewajipan undang-undang yang perlu kami patuhi (sebagai contoh, undang-undang tertentu mengkehendaki kami menyimpan rekod transaksi anda untuk tempoh waktu tertentu sebelum kami boleh menghapuskan rekod tersebut)
  • Sama ada penyimpanan disarankan dengan mengambil kira kedudukan undang-undang kami (misalnya, status had, litigasi atau penyiasatan kawal selia)

Data Sensitif

Melainkan diminta secara khusus, kami meminta anda supaya tidak menghantar dan juga tidak mendedahkan apa-apa Data Peribadi Sensitif pada atau melalui Perkhidmatan atau sebaliknya, kepada kami (contohnya, nombor keselamatan sosial, nombor pengenalan pembayar cukai, nombor pasport, nombor lesen memandu atau nombor pengenalan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan; butiran kad kredit atau debit atau nombor akaun kewangan, dengan atau tanpa mana-mana kod atau kata laluan yang boleh membenarkan akses kepada akaun, sejarah kredit; atau maklumat tentang bangsa, agama, kumpulan etnik, kehidupan atau amalan seks atau orientasi seksual, maklumat perubatan atau kesihatan, maklumat genetik atau biometrik, templat biometrik, fahaman politik atau falsafah, keahlian parti politik atau kesatuan sekerja, maklumat semakan latar belakang, data kehakiman misalnya rekod jenayah, atau maklumat tentang prosiding penghakiman atau pentadbiran yang lain).

Penggunaan Perkhidmatan oleh Orang Bawah Umur

Perkhidmatan tidak disasarkan kepada individu bawah umur enam belas (16) tahun dan kami meminta supaya mereka tidak memberikan Data Peribadi melalui Perkhidmatan.

Pindahan Data Antarabangsa

Marriott Group ialah sebuah organisasi global dan menyediakan perkhidmatan global. Memindahkan data di peringkat antarabangsa adalah penting kepada Perkhidmatan supaya anda menerima perkhidmatan berkualiti tinggi yang sama di mana sahaja anda berada di dunia. Akibatnya, kami akan, tertakluk kepada undang-undang, memindahkan Data Peribadi dan Data Lain yang dikumpulkan berkaitan dengan Perkhidmatan, kepada entiti di negara-negara di mana piawaian perlindungan datanya mungkin berbeza dengan negara tempat anda tinggal, termasuk di luar EEA, UK, atau Switzerland. Dengan membuat tempahan, mengunjungi, atau menginap di hartanah berjenama Marriott atau menggunakan mana-mana perkhidmatan berjenama Marriott Group, anda memahami bahawa kami memindahkan Data Peribadi anda di seluruh dunia.

Dalam keadaan tertentu, mahkamah, agensi penguatkuasaan undang-undang, agensi kawal selia atau pihak berkuasa keselamatan di negara-negara lain tersebut mungkin berhak untuk mengakses Data Peribadi anda.

Beberapa negara diperakui oleh Suruhanjaya Eropah sebagai menyediakan tahap perlindungan data yang mencukupi selaras dengan piawaian EEA (senarai lengkap negara-negara ini boleh didapati di siniDibuka di tetingkap penyemak imbas baru). Marriott Group memeterai Fasal Berkontrak Piawai atau mekanisme diluluskan yang lain untuk pindahan rentas sempadan di mana sesuai.

Kemas Kini Pernyataan Privasi ini

Petunjuk “Terakhir Dikemas kini” di bahagian atas halaman ini menyatakan tarikh terakhir Pernyataan Privasi ini dikemas kini. Sebarang perubahan akan berkuatkuasa apabila kami menyiarkan Pernyataan Privasi yang disemak pada Perkhidmatan Dalam Talian. Jika anda ingin menyemak versi Pernyataan Privasi yang berkuat kuasa sejurus sebelum semakan ini, sila hubungi kami di privacy@marriott.com.

Kembali ke atas

HUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Penyataan Privasi ini, sila hubungi kami di privacy@marriott.com.

Jika anda menetap di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain di luar Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland, pengawal data yang bertanggungjawab terhadap data peribadi anda ialah Marriott International, Inc. yang beralamat di:

Marriott International, Inc.
Pematuhan Global, Privasi
7750 Wisconsin Avenue
Bethesda, MD 20814
Amerika Syarikat

Jika anda menetap di Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland, pengawal data ialah Luxury Reservations Limited, yang beralamat di:

Luxury Reservations Limited
10 Earlsfort Terrace
Dublin D02 T380
Ireland

Maklumat Tambahan

PENGAWAL DATA

Marriott Group bertindak sebagai pengawal data bebas berkaitan dengan pemilik dan pemegang francais kami, yang mempunyai hak terhad untuk menggunakan Data yang kami kumpul sebagaimana diterangkan di bawah:

Pemilik: Oleh sebab hotel yang anda tempah untuk penginapan mungkin tidak dimiliki oleh Marriott Group, kami berhak mendedahkan Data kepada pemilik hartanah berjenama Marriott Group bagi tujuan yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi Global ini. Pemilik mempunyai hak yang sah untuk menggunakan Data Peribadi tertentu untuk tujuan mereka sendiri dan oleh itu layak dianggap sebagai pengawal data bebas supaya mereka dapat mematuhi kewajipan undang-undang mereka sendiri, termasuk menyimpan buku & rekod dan kewajipan pematuhan lain.

Pemegang francais: Di samping itu, sesetengah hotel berjenama Marriott dimiliki dan beroperasi di bawah perjanjian francais dengan Marriott Group. Oleh hal yang demikian, kami mendedahkan Data kepada pemegang francais hartanah berjenama Marriott Group untuk tujuan sepertimana yang dijelaskan dalam Pernyataan Privasi Global ini. Pemegang Francais mempunyai hak yang sah untuk menggunakan Data Peribadi tertentu untuk tujuan mereka sendiri dan oleh itu layak dianggap sebagai pengawal data bebas untuk tujuan mengurus dan menyelaraskan penginapan anda di hotel, serta untuk mematuhi kewajipan undang-undang mereka sendiri, termasuk menyimpan buku & rekod dan kewajipan pematuhan lain.

Anda juga boleh:

  • Menghubungi pegawai perlindungan data kami yang bertanggungjawab terhadap negara atau rantau anda melalui MarriottDPO@marriott.com. Dalam e-mel anda, sila nyatakan negara dari mana anda menghubungi kami.
  • Buat aduan dengan pihak berkuasa perlindungan data untuk negara atau rantau anda atau apabila pelanggaran undang-undang perlindungan data berkenaan yang didakwa berlaku. Bagi EEA, senarai pihak berkuasa perlindungan data kebangsaan boleh ditemui di http://ec.europa.eu/newsroom/article29/item-detail.cfm?item_id=612080Dibuka di tetingkap penyemak imbas baru (dalam Bahasa Inggeris).

Kembali ke atas